Monday 2 February 2015


Mesyuarat Agung Kelab Seni Beladiri Silat 

Bangau Putih 2015






saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua ahli sama ada dalam kalangan keluarga sendiri mahupun para individu luar yang sememangnya telah memberi sokongan selama ini kepada kelab. Dengan kerjasama baik daripada kalian, perjalanan mesyuarat agung kali ini telah berjalan dengan cukup baik dan lancar. Kehadiran dan pertolongan kalian juga telah banyak memudahkan ahli-ahli mesyuarat dalam pelbagai urusan.

kami juga ingin mengucapkan tahniah kepada ahli-ahli yang telah dilantik khas kerana setuju menyandang tanggungjawap mereka kepada kelab untuk tahun 2015 ini. Sesungguhnya Mereka memang layak.

Dengan izin Allah, Kelab ini akan terus dijalankan sepertimana yang telah kita persetujui semasa di dalam mesyuarat. Banyak agenda-agenda mesyuarat yang telah dikemukakan. Alhamdulillah semuanya telah dibincang sehingga mendapat kata sepakat semua ahli. 


Tuesday 14 October 2014

Sempena cuti sekolah tidak lama lagi, marilah ibu bapa dan anak-anak mengambil kesempatan memenuhi masa yang terluang agar diisi dengan aktiviti dan riadah yang berfaedah. Semoga memberi manfaat kepada semua. In Sha Allah.






Ketika ini kita semua sedar bahawa kejadian jenayah kerap berlaku tanpa kita sangka. Kejadian rogol, bunuh, rompak, samun, dan ragut antara kes yang sentiasa dilaporkan di media massa dari dahulu sehingga kini. Saban hari, ada sahaja kes-kes jenayah dilaporkan.

Sedarlah bahawa kita kini sebenarnya sedang menghadapi zaman yang penuh dengan kegiatan-kegiatan keganasan dan jenayah yang tidak berperi kemanusiaan.

Seni Pertahanan Diri merupakan satu kaedah yang wujud bagi seseorang mempertahankan diri daripada serangan musuh. Ia merupakan kaedah berlawan secara tradisi dengan atau tanpa menggunakan senjata. Seni Pertahanan Diri telah lama wujud sejak berkurun abad dahulu. Pada zaman dahulu, adalah menjadi satu amalan setiap orang terutamanya kaum lelaki harus mempelajari dan mempunyai ilmu pertahanan diri. Boleh dikatakan hampir setiap negara mempunyai seni pertahanan diri yang berkembang hasil cetusan tempatan atau diubah suai daripada seni bela diri luar yang meresap masuk seterusnya menjadi budaya sesuatu kaum atau masyarakat. 

Seni bela diri juga terbahagi kepada beberapa jenis daripada seni tempur bersenjata tajam, senjata tidak tajam seperti kayu, dan seni tempur tangan kosong Terdapat beberapa jenis seni mempertahankan diri di negara ini Antaranya ialah Seni Persilatan Melayu, Silambam, Wushu, Kuntau dan sebagainya.








Seni mempertahanan diri sering dikaitkan dengan budaya sesebuah kaum perlu dilihat dalam konteks yang lebih luas iaitu sebagai asas menyatupadukan masyarakat di negara ini. Ini kerana seni mempertahanan diri bukan hanya bertujuan untuk melahirkan individu-individu yang berdisiplin.

Saturday 23 February 2013


KEJOHANAN PENCAK SILAT PERINGKAT KEBANGSAAN DAERAH TUTONG SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM 29 2013

Bismillahirrahmannirahim dan salam perjuangan buat teman-teman blog semua. Begitu rahmat dan barakah dari Ilahi sentiasa menemani langkah-langkah kita seandainya hati nurani ikhlas, jujur dan tawakal dalam mentaatiNYA.  Tahun 2013 ini merupakan tahun yang menggembirkan bagi kita.  Mana tidaknya, melangkah saja kita ke gerbang 2013 bermacam-macam agenda dan acara telah kita sertai dan disulami dengan kejayaan demi kejayaan kita kecapi tanpa diduga.  Alhamdullillah syukur ke hidrat Ilahi di atas kurniaanNYA kejayaan ini semoga menjadi pendorong untuk kita terus maju ke hadapan.







Pada bulan Januari PSBP telah dijemput untuk menyertai
KEJOHANAN PENCAK SILAT PERINGKAT KEBANGSAAN DAERAH TUTONG SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE 29 2013.   Kita mula membuat persiapan dan bersetuju untuk menyahut cabaran dari rakan-rakan di sana dengan nawaitu untuk mengharumkan nama PSBP dan  mengukuhkan ukhuwah fillah antara 2 benua. 

Dengan izin Allah swt, urusan kita 1 per 1 telah berjalan dengan lancar. Dimulakan dengan pemilihan pesilat-pesilat yang layak serta menjalankan latihan demi latihan dan sebagainya. Setelah berpuas hati, 5 pesilat kita telah pilih, mereka adalah Aliff b. Yusuff, Mohd. Syukri, Mohd. Nizam, Mahadir Mardi dan Mohd. Nur Jihad. Mereka akan meyertai ketogeri yang berbeza mengikut berat badan dan umur masing-masing.






Pesilat-pesilat kita bertolak dari Bintulu, sarawak ke Negara Brunei Darussalam pada 14hb. Febuari 2013 dan berada di sana sehingga 21hb. Mereka diiringi oleh Ketua Jurulatih Saudara Sofian Samsudin dan Pemangku Pengerusi Saudara Efendi Rosli.  Upacara Kejohanan  Awal Tanding dimulakan pada 16hb. Febuari. 3 dari pesilat kita telah berjaya memasuki acara suku akhir dan acara akhir. (Aliff Yusuff, Mohd. Syukri dan Mahadir)   Menang kalah dalam perlawanan adalah adat. Apa yang penting adalah semangat kesukanan yang utuh dalam jiwa mereka. Di akhir perlawanan itu, PSBP telah berjaya merangkul 3 Pingat Gangsa. Tahniah!! 

Kepada yang terlibat, rakan-rakan PSBP, penaja2 yang budiman dan semua yang mendoakn kejayaan PSBP jutaan terima kasih kami ucapkan. Hanya Allah swt saja yang dapat membalas kebaikan kalian semua. 












MALAM KENANGAN MENYAMBUT KETIBAAN WIRA-WIRA 

Malam 22hb Febuari 2013, warga PSBP telah mengadakan majlis yang serba sederhana bagi menyambut kepulangan wira-wira berlima.  Sekalung terima kasih untuk rakan-rakan PSBP yang tidak pernah mengenal penat lelah bagi menjayakan majlis ini dari mula hingga selesai majlis. Terima kasih juga diucapkan kepada semua yang sudi hadir pada malam itu. 









YA ALLAH KUKUHKANLAH UKHUWAH ANTARA KAMI INI, SEMOGA PERSAHABATAN INI ENGKAU RAHMATI DAN LIMPAHKANLAH BARAKAH DAN HIDAYAH-MU KEPADA KAMI SEMUA. 


Friday 25 January 2013




"Wasatiyah Tonggak Kesatuan Ummah"

12 Rabiulawal 1434. 24 Januari 2013Maulidur Rasul.





Alhamdullillah, Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana diberi kesempatan untuk bersama-sama menyambut Hari Maulidur Rasul pada kali ini. Tema pada tahun ini ialah "Wasatiyah Tonggak Kesatuan Ummah". Maksud tema ini adalah mengambil pendekatan sederhana/pertengahan yang diamalkan oleh Rasullah SAW sepertimana termaktub dalam Piagam Madinah yang telah dipersetujui Baginda Nabi Muhammad SAW dengan masyarakat bukan Islam. Ia meyerlahkan semangat toleransi beragama apabila orang Islam dan orang bukan Islam saling faham memahami, saling bekerjasama untuk semua, keadilan kepada semua. Ia juga berpegang kepada prinsip akidah, iaitu keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT. Ia menekankan aspek berimbang, adil dan kepelbagaian. Konsep ini juga perlu membuktikan bahawa Agama Islam berupaya menyusun dan mengatur masyarakat sehingga mewujudkan peradaban yang unggul. 

Peristiwa sepanjang minggu sebelum Hari Maulidur Rasul PSBP :


Jutaan terima kasih kepada semua yang telah terlibat dalam aktiviti-aktiviti penyiapan sepandok PSBP. Sepanjang minggu lepas, ahli-ahli semua memberi kerjasama dan komitmen yang padu. Sokongan dan idea-idea dari semua amatlah dihargai. Persefahaman antara kita inilah yang memberi PSBP kekuatan. "Bulat air kerana pembentung, Bulat PSBP kerana maufakat". 


























12 Rabiulawal 1434 :

Di Pagi 12 Rabiulawal 1434. 24 Januari 2013 hari Maulidur Rasul,  ~ Cuaca sungguh baik.. terkadang hujan rintik... menyejukkan bumi, angin sepoi bahasa, matahari sembunyi di balik awan. Allahu Akbar! semua urusan Allah permudahkan. Dari permulaan perarakan sehingga ke akhirnya berjalan dengan lancar. 

PENGERUSI PSBP SAUDARA MURTADZA MENGETUAI KONTIJEN 



Alhamdullillah, Sepandok PSBP telah mendapat perhatian para juri pada tahun ini. PSBP mendapat tempat ke-3 dalam kategori (D) Sepandok. Kita tidak pernah bermimpi untuk menang, kerana nawaitu asal kita dari mula sekadar mahu menyerikan dan memeriahkan Hari Maulidur Rasul. Apapun, nawaitu itu yang utama. 

Ya Allah, Syukur Alhamdullillah kerana memberi kesempatan ini untuk PSBP. 





Pada Robiul awal bulanmu.. ada harapan untuk kami..
Semoga bisa menjadi umat yang baik, untukmu..
Ya Allah, di bulan kelahirannya, gemakan namanya di seluruh ruang hati kami..

Kelahiranmu adalah lahirnya kebaikan..
Lahirnya jalan petunjuk, lahirnya islam..
Lahirnya makrifat, lahirnya hidayah, lahirnya rahmat Allah..
Lahirnya cinta-Nya, lahirnya syurga.. untuk kami, umatmu..

Kasihnya dekat tak tersekat..
Cintanya nyata dan sentiasa..
Rahmat di hatinya adalah kurniaan terindah..
yang Allah hadiahkan untuk kita..

Sunday 18 November 2012

Ada datang ada pergi, Ada hidup ada mati..
Ada sakit ada ubatnya, Ada tumbuk ada penepisnya..
Ada tangkap ada pelepasnya dan ada kunci ada pembukanya...

Dengan pembuka bicara assalamualaikum wbt. dan selamat bertemu kembali di dalam entri baru PSBP. Agak lama menyepi di blog, namun kegiatan Persatuan Silat Bangau Putih masih aktif di gelanggang. Latihan tetap dijalankan, aktiviti persilatan juga  masih berjalan lancar, alhamdullillah. Semoga Allah mempermudahkan urusan kita hari ini dan di masa2 akan datang. 

Gelanggang silat ini tidak pernah sepi, kata2 semangat selalu disuntik agar kita tidak pernah lalai & berputus asa. Tiada ertikata "Hangat-hangat tahi ayam" dalam mengejar atau menuntut ilmu. Seandainya ertikata itu tertanam dijiwa alamatnya tidak ke mana matlamat hidup. Sia2 sahaja... masih di dalam takuk yang sama!







-Belajar yang tidak berfikir adalah bahaya dan berfikir tanpa belajar akan kecundanglah kita. 

-Orang yang terlalu cepat berputus asa adalah orang yang putus harapan seumpama dia telah menyediakan  dirinya untuk mati sebelum mati.

-Hidup yang berguna adalah hidup yang ketika petang membawa suluh untuk menghadapi malam yang akan sampai.

-Jangan lihat apa yang telah kamu usahakan, tetapi lihatlah apa yang belum kamu selesaikan.


Semoga dengan izin Allah, aktiviti persilatan PSBP ini akan diteruskan sehingga akhir tahun 2012 ini dan pada tahun2 yang mendatang. Dengan harapan PSBP akan terus mendapat sokongan dari kalian semua. Teruskanlah usaha dan jangan cepat putus asa. Mempelajari ilmu beladiri ini bukanlah susah.. Namun tidaklah begitu mudah. Harus ada usaha dan displin diri yang ampuh. Semoga Allah swt memberi kita kesihatan yang baik dan sihat untuk kita terus berkumpul sama2 dalam gelanggang PSBP dan sihat tubuh badan dalam mentaatiNYA. Amiin.