Saturday 23 February 2013


KEJOHANAN PENCAK SILAT PERINGKAT KEBANGSAAN DAERAH TUTONG SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM 29 2013

Bismillahirrahmannirahim dan salam perjuangan buat teman-teman blog semua. Begitu rahmat dan barakah dari Ilahi sentiasa menemani langkah-langkah kita seandainya hati nurani ikhlas, jujur dan tawakal dalam mentaatiNYA.  Tahun 2013 ini merupakan tahun yang menggembirkan bagi kita.  Mana tidaknya, melangkah saja kita ke gerbang 2013 bermacam-macam agenda dan acara telah kita sertai dan disulami dengan kejayaan demi kejayaan kita kecapi tanpa diduga.  Alhamdullillah syukur ke hidrat Ilahi di atas kurniaanNYA kejayaan ini semoga menjadi pendorong untuk kita terus maju ke hadapan.







Pada bulan Januari PSBP telah dijemput untuk menyertai
KEJOHANAN PENCAK SILAT PERINGKAT KEBANGSAAN DAERAH TUTONG SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE 29 2013.   Kita mula membuat persiapan dan bersetuju untuk menyahut cabaran dari rakan-rakan di sana dengan nawaitu untuk mengharumkan nama PSBP dan  mengukuhkan ukhuwah fillah antara 2 benua. 

Dengan izin Allah swt, urusan kita 1 per 1 telah berjalan dengan lancar. Dimulakan dengan pemilihan pesilat-pesilat yang layak serta menjalankan latihan demi latihan dan sebagainya. Setelah berpuas hati, 5 pesilat kita telah pilih, mereka adalah Aliff b. Yusuff, Mohd. Syukri, Mohd. Nizam, Mahadir Mardi dan Mohd. Nur Jihad. Mereka akan meyertai ketogeri yang berbeza mengikut berat badan dan umur masing-masing.






Pesilat-pesilat kita bertolak dari Bintulu, sarawak ke Negara Brunei Darussalam pada 14hb. Febuari 2013 dan berada di sana sehingga 21hb. Mereka diiringi oleh Ketua Jurulatih Saudara Sofian Samsudin dan Pemangku Pengerusi Saudara Efendi Rosli.  Upacara Kejohanan  Awal Tanding dimulakan pada 16hb. Febuari. 3 dari pesilat kita telah berjaya memasuki acara suku akhir dan acara akhir. (Aliff Yusuff, Mohd. Syukri dan Mahadir)   Menang kalah dalam perlawanan adalah adat. Apa yang penting adalah semangat kesukanan yang utuh dalam jiwa mereka. Di akhir perlawanan itu, PSBP telah berjaya merangkul 3 Pingat Gangsa. Tahniah!! 

Kepada yang terlibat, rakan-rakan PSBP, penaja2 yang budiman dan semua yang mendoakn kejayaan PSBP jutaan terima kasih kami ucapkan. Hanya Allah swt saja yang dapat membalas kebaikan kalian semua. 












MALAM KENANGAN MENYAMBUT KETIBAAN WIRA-WIRA 

Malam 22hb Febuari 2013, warga PSBP telah mengadakan majlis yang serba sederhana bagi menyambut kepulangan wira-wira berlima.  Sekalung terima kasih untuk rakan-rakan PSBP yang tidak pernah mengenal penat lelah bagi menjayakan majlis ini dari mula hingga selesai majlis. Terima kasih juga diucapkan kepada semua yang sudi hadir pada malam itu. 









YA ALLAH KUKUHKANLAH UKHUWAH ANTARA KAMI INI, SEMOGA PERSAHABATAN INI ENGKAU RAHMATI DAN LIMPAHKANLAH BARAKAH DAN HIDAYAH-MU KEPADA KAMI SEMUA. 


No comments:

Post a Comment