Sunday, 24 June 2012

Selamat Hari Jadi yg pertama untuk PSBP


ULANG TAHUN PERTAMA KELAB SILAT BANGAU PUTIH BINTULU

Alhamdullillah, tanggal 24 Jun 2011 iaitu setahun yang lalu, pada tarikh tersebut PSBP ini telah pun didaftarkan secara sah menyertai Persatuan Silat malaysia di bawah naungan Sifu Tuan Hj. Daini Tajudin.  bersyukur kita ke hidrat ilahi kerana telah mempermudahkan semua urusan Kelab ini sepanjang satu tahun ini.  Dalam memperkukuhkan kelab ini, selangkah demi selangkah telah kita capai dalam kita mencapai visi dan misi kita.  Sekalung tahniah dan terima kasih diucapkan kepada ahli2 jawatankuasa yang telah bekerja keras untuk memajukan kelab ini dan mempertahankannya ketika di dalam kesulitan, menguraikan segala masalah yang telah dihadapi sepanjang berada di dalam warga PSBP ini.  Tidak lupa juga kepada pesilat2 yang sudah lama bersama PSBP sejak dari awal sebelum pertubuhan kelab ini dan juga pesilat2 muda yang baru menyertai kami.. Terima kasih kami ucapkan dengan seikhlas2 hati. Tanpa kalian, PSBP ini tidak akan sekukuh sekarang!  Kami amat berbangga kerana kalian memberi sepenuh kepercayaan kepada kami untuk membimbing kalian dalam menimba ilmu seni beladiri ini. Selamat maju jaya kepada semua. 


Sifu Tn. Hj Daini (Tengah) bersama Ketua Jurulatih Saudara Sofian (Kiri) & Pengerusi Saudara Murtadza









No comments:

Post a Comment