Once Upon A Time
![]() |
Sofian B. Samsudin |
Dengan lafaz Bismillahirahmannirahim.. Mari kita sama-sama renungkan sedikit tentang sejarah permulaan Pertubuhan Persatuan Silat Bangau Putih Bintulu ini. Kisah sejarah ini bukanlah cerita yang saya ambil dari mana-mana blog. Ini telah diceritakan oleh sifu kepada saya yang mana ini adalah kisah benar beliau selama berguru dan belajar ilmu beladiri. Menurut beliau silat ini, lebih dikenali sebagai "KUNG FU". Mari kita sama-sama berkongsi cerita/sejarah di mana kisah ini bermula ~~
Sejarah bermula dengan kisah Sifu kita (Sifu Tn. Hj.. Daini Tajudin) di Bintulu sekitar awal 1963 ~ 1968. Beliau telah bekerja di sebuah kebun getah kepunyaan seseorang. Di situ beliau telah berkenalan dengan seorang lelaki berbangsa cina yang bernama MR. HUI NANG, yang berasal dari Bintulu. Dari hari ke sehari ukhuwah mereka semakin akrab walaupun berlainan agama dan bangsa. (Untuk rujukan sahabat-sahabat semua, lokasi kebun getah hak milik seseorang itu adalah di tapak Li Hua Hotel sekarang)
Di zaman itu, ramai pendatang-pendatang luar dari berbagai negara ke negeri kita untuk dijadikan ketua/mandor di kebun-kebun getah, di sawmill dan lain-lain tempat. demikian jugalah kebun getah di mana tempat Sifu Tn. Hj. Daini dan sahabat beliau, Mr. Hui Nang itu bekerja. Diceritakan lagi, di kebun getah itu telah didatangi oleh seorang lelaki warga Selatan China. Di situlah permulaan Sifu kenal erti Kung Fu. Beliau belajar dan berguru dengan lelaki warga Selatan China itu bersama dengan Mr. Hui Nang. (Rujukan ; Mr. Hui nang masih hidup sekarang).
Sekitar tahun 70~an, sifu Tn. Hj. daini berhijrah ke tempat lain demi tuntutan kerja. Agak lama beliau di tempat orang. Bak kata pepatah " SETINGGI~TINGGI BANGAU TERBANG AKHIRNYA HINGGAP DI BELAKANG KERBAU JUA "... sama maksudnya dengan walaupun ke mana kita pergi, kita pasti akan kembali ke tempat asal..".
Oleh kerana minat dan cintanya pada ilmu beladiri ini, beliau mula mengajar ahli-ahli keluarga terdekat tentang ilmu ini (Beliau tidak mahu ilmu beladiri ini pupus begitu saja). Ini berlaku dalam tahun 1982. Maka ramailah yang berminat dan datang. Pada mula-mulanya semuanya dihadiri oleh saudara-saudara terdekat. pada tahun yang sama Jurulatih kita Saudara Sofian Bin samsudin masih remaja, tetapi beliau begitu berminat dan cuba-cuba mengikut setiap langkah yang diajar oleh Sifu Daini walaupun dalam usia yang begitu muda dengan langkah yang sumbang! Saudara Sofian tidak pernah putus asa dan mengalah. Dan sekarang saudara Sofian mengambil alih tugas Sifu untuk terus mengajar generasi-generasi dan pelapis baru. Tahniah!
Menjelang tahun 1991, saudara Sofian terus belajar dengan serius ilmu beladiri. pada tahun 1994 beliau sudah mahir (Upgred) dari satu tahap ke tahap yang tinggi, Sehingga Sifu Daini memberi kepercayaan penuh kepada beliau. Tahun 2000, Sifu Daini dan saudara sofian terus memberi sokongan dan mengajar ilmu beladiri ini bukan sahaja kepada saudara terdekat malah kepada sesiapa yang berminat. Malah ilmu beladiri ini telah menjadi salah satu aktiviti yang diminati remaja-remaja sehinggalah sekarang.
Memandangkan ramai yang telah berminat, maka Persatuan Silat Bangau Putih pun ditubuhkan dengan rasminya pada 24 Jun 2011 yang mana telah disahkan oleh Pertubuhan Silat Malaysia dan Sifu Daini sendiri menjadi Penaung Persatuan.
Terima kasih kepada yang telah menyertai kami. Mari kita bangun dan bersemangat! Sesungguhnya perjuangan kita masih belum selesai!
No comments:
Post a Comment